Posts

#19

Jangan Paksa Jangan berkali- kali biar aku berjalan tanpa menoleh semula Sayang aku pada dia bukan sementara tapi untuk selamanya Hanya satu aku minta dia fahami tanpa aku bicara Jaga hati aku seperti mana aku jaga hati dia To him; I just want you to understand. Are Ena

#18

Lepas Dia melindungi aku dari sakit perit Setelah aku penat meraung menjerit Baru aku sedar semua ini bukan pahit Tapi kemanisan yang terpalit Dari Sang Pencipta langit. Are Ena

#17

Racun Dia kejam pada mulanya Dan mereka kejam pada akhirnya. Are Ena

#16

Depresi Dia tidak merasa Segala kekalutan jiwa Menikam sehingga jatuh tidak berdaya Katanya semua ini ciptaan semata-mata. Cukuplah mereka terima sahaja kata-kata yang memanah sanubari Jangan sampai mereka hancurkan diri sendiri.   Kita punya kelebihan kurniaan Ilahi Untuk menggapai cita-cita yang tinggi Bukan untuk melenyekkan dia dengan kaki. Are Ena

#15

Penat Andai kau tahu isi hati ini Beribu tohmahan buat kau lelaki Yang hanya fikirkan diri Tanpa sejenak meneliti Perasaan si dara yang ingin menjauhi. Andai kau tahu isi hati ini Sudah lama aku berharap kau fahami Yang aku hadir bukan untuk berada di sisi Menemani kau sepanjang hari. Cukuplah dengan hanya mengenali Berkawan sampai mati Kerana aku mahu menghiasi Ruang hidup orang yang aku benar-benar kasihi. ARE ENA

#14

Benci Bisa saja kau membuli     Bisa saja kau mencaci Tapi kau harus ingat ini     Kau juga bisa dibenci.

#13

Kasih & Sayang Sunyi rasa bila tiada disisi Yang disayangi lagi dirindui Berat hati menanggung sepi Sukar luahkan takut nanti dihampai. #Are Ena