#15
Penat
Andai kau tahu isi hati ini
Beribu tohmahan buat kau lelaki
Yang hanya fikirkan diri
Tanpa sejenak meneliti
Perasaan si dara yang ingin menjauhi.
Andai kau tahu isi hati ini
Sudah lama aku berharap kau fahami
Yang aku hadir bukan untuk berada di sisi
Menemani kau sepanjang hari.
Cukuplah dengan hanya mengenali
Berkawan sampai mati
Kerana aku mahu menghiasi
Ruang hidup orang yang aku benar-benar kasihi.
ARE ENA
Andai kau tahu isi hati ini
Beribu tohmahan buat kau lelaki
Yang hanya fikirkan diri
Tanpa sejenak meneliti
Perasaan si dara yang ingin menjauhi.
Andai kau tahu isi hati ini
Sudah lama aku berharap kau fahami
Yang aku hadir bukan untuk berada di sisi
Menemani kau sepanjang hari.
Cukuplah dengan hanya mengenali
Berkawan sampai mati
Kerana aku mahu menghiasi
Ruang hidup orang yang aku benar-benar kasihi.
ARE ENA
Comments
Post a Comment