#2
Datang Menyentap.
Seketika aku berfikir
Mengapa tiada lagi pertanyaan
Hanya pandangan mata
Tanpa makna.
Ake berfikr
Siapa baginya yang istimewa
Bukan kerana suka dia
Tapi soalan semata-mata.
Aku masih berfikir
Mana jiwa lamanya
Yang sering mewarnaiku di alam nyata
Terpisah hati kerana terpaksa
Maaf kerana aku yang mula.
Aku gagal berfikir
Betapa kocak hatinya
Retak lalu terus berkaca
-ARE ENA-
Comments
Post a Comment